BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

20.5.12

its been a while since my last entry.
sibukkan apa tah.selama 2-3 bulan x update ni.
macam-macam jadi dalam hidup.
tunggingterbalik menangis meraung bengkak mata sampai macam hamster jadinya.
yang gelak tunggingterbalik menangis meraung sebab gelak pon ada
.manusia.macam ni lah kan?
tengah kumpul tekad.nak tulis rajin-rajin.
sebab otak lembs bukan boleh ingat semua benda pon -.-

17.3.12

you.
hurt me.
this much.
can you see?
no?ya.
because..
you dont even care about it.

2.12.11

menulis

menulislah,
selagi kau mampu,
kalau ada yang terbuku,
inilah tempat nak tuju.

menulislah,
selagi kau mampu,
kalau lidah kelu,
mungkin catatan ini dapat membantu. 

menulislah,
selagi kau mampu,
kalau air mata merambu,
tak siapa yang tahu apa kau sendu.

menulislah,selagi kau mampu
kalau kau pergi dulu,
ada yang nak dibaca bila rindu.......
 ini note dalam FB yang aku baru habiskan harini.

nota:
aku jumpa banyak sangat notes drafts dekat dalam FB tu.
sampai aku lupa,apa yang menyebabkan aku tulis notes tu semua.
yang penting,
rasa terbengkalai buat aku tak teruskan publish notes tu semua.
hilang kata-kata sebenarnya,bukan pandai pon benda-benda macam ni.
aku suka sangat memerhati manusia,
aku cuba implemen apa yang aku pandang tu,
tapi aku gagal nak sampaikan apa yang aku nak sampaikan.
tiap kali aku cuba sampaikan.serius,itulah yang terjadi.
macam tu lah aku gagal nak sampaikan perasaan aku pada orang disekeliling ni.


contoh note yang tak terbela nasib :

 sesuatu
Thursday, 16 June 2011 at 13:53 · Edit · Remove
ada sesuatu di situ
sesuatu yang terbuku
kata-kata tidak dapat membantu
hati memilih mengorakkan diri membatu

sesuatu itu
sangat mengganggu
sesus

nota:sumpah tak tahu kenapa tulis ni.sampai eja sesuatu pon tak habis.

aku kesan tabiat aku ni,sejak 0ktober 2009.buat notes pastu simpan kt draft ja.
blog pon banyak draft.
& aku selalu baca balik apa yang tak siap tu,
untung sabut aku ingat kenapa aku tulis benda tu.

ini mungkin bermakna,
tak semua yang kita nak kongsi tu,patut dikongsi,kan?
ini mungkin juga bermakna,
apa yang kita tulis tu,boleh ditulis.
macam kes annual dinner dulu.kan?

lately

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku....

Relationship memang ada turun naiknya.kan?
lately,touchingnya,tak payah cakapla.
**menangis je sekarang**
umur effect perasaan tak?
kalau ye,
biar aku cepat-cepat dewasa sikit
kuranglah perangai manja tak tentu hala ni gamaknya.


13.11.11

aku harap,kau tahu

aku harap kau tahu
aku bangga tersenyum di sini,
sebab dah nak jadi cikgu.
inshaAllah.
disebalik meroyan aku,
ada terdetik bahagia.

betul.
budak-budak sebetulnya boleh menjadi terapi jiwa
mereka buat kita ketawa,
tapi,
mereka juga buat kita naik gila kadang-kadang.

apa yang bahagia?
rasanya begini,kau pergi sekolah
ada yang memang tunggu kau datang
semata-mata nak ucapkan salam
macam benda tu kewajipan untuk diorang
bertegur dengan cikgu yang diorang suka
walaupun hanya bagi salam dan senyum

you know what?
budak-budak tak pandai menipu
tak menipu macam orang dewasa
pada aku,diorang kudus
walaupun ada yang majal perangainya seperti aku.
bila diorang cakap sukakan kau,
memang diorang sukakan kau lah tu.
bila diorang cakap kau cantik,
jawapannya itulah.
walaupun ada yang rasa kau tak cantik pun.


apa yang lebih gembira
pada aku yang hanya guru praktikum ni,
apa yang kau ajarkan,diorang ingat
sumpah,sejuk hati.
walaupun kadang-kadang
yang diorang ingat tu,
taklah sempurna.sesempurna ajaran korang.
jadilah,dari tak ada kan?

aku rasa,
aku patut jumpak diorang
sebab aku dah mula hilang sebab
untuk ketawa.

entah kenapa aku tulis nie
senak hati tak tahu kenapa
menulislah ubatnya.

selamat malam.esok exam.








2 3 hari

2 3 hari 
hati rasa badmood
rasa malas nak cakap apa-apa
rasa bebal je
asal nak exam je,
perangai aku membabun
dengan pemalas nak studynya
ak asyik bukak FB tu
xde ape pon padahal
serius,xde mood
esok 1st paper
PJ suaian
goodluck!

29.10.11

Piala Malaysia

hebat,hebat penangan Piala Malaysia ni.
semua pakat-pakat ribut dan semangat betol.haha :D

ieda yang kat johor tu,
message tanya camna nak beli tiket
sepet,
sanggup balik awal dari umah dia tu,nak tengok bola.

oh,aku dengar tiket FAM letak mahal
tapi...
jadi tak mahal bila persatuan negeri masing-masing bagi subsidi

aku tengok gak.tengok kat umah je,
sorang-sorang.waaaa >.<

xpayah g tengok kat stadium ha,
aku rasa sapa yang xdak TV pon boleh tau keputusan
tapi dia kena ada FB la kan.
ramai reporter.betul.ramai.
serius,tak rasa tertinggal kalau tak tengok.hahaha :D
xpercaya?aku printscreen bagi korang tengok.
jap.jap.jap ye.



ada yang kejam.
ada yang seronok tak ingat dunia.hahaha :D

ini lagi.
kawan baik pon tak kurang hebat.
berkobar-kobar ye Tun Ana Teja Farhanah.
kenapa ye?muahahaha :D


tapi.tak kurang jugak yang buat tak tau je pasal Piala Malaysia ni.
banyak benda lain diorang nak update :p


ini tak tengok bola ke ape ke,aku tak tauu
xpelah,asal bahagiaa :D

klik setiap imej untuk tumbesaran
no offends yang aku amik status tuu
saje je,jangan saman okey :p

sudahlah,tinggal kenangan.
tahniah Negeri Sembilan
Terengganu,cuba lagi.

azrai khor,kenapa tinggal Kedah ni??
kalau tak,menang dah Piala Malaysia
Marlon,imissu.baliklaaa.bluekk :P


ps:
boyfriend memang tak reply message lah kalau tengok bola
sooo,memang bola menang kalau nak compare aku dengan bola.
wekkkkk ;p

SELAMAT MALAM =)

23.10.11

kindly make your move from here if your intention sinically not good at all
haha,gotcha!

16.10.11

selamat,noramira agust =)

weekend again,yeay!!
sejak seminggu lepas,
kepala ligat berfikir,
apa nak buat sebenarnya weekend ni.
bukan sebab bosan atau apa,
sebab banyak sangat benda nak dikejarkan.uuuuu
15hb,sabtu,
mira bertunang.
14hb,jumaat,
bus dengan 20 seat kosong menuju ke pantai timur
kalu join team hoki ke Terengganu tu,
bolehlah jumpa ayah.
dah setahun tak jumpa >.<
0h,masa entry ni ditulis,
baru teringat kenduri kak nani tak p.
i mean kenduri anak kak nani
matilaaa,jumpa dia kena bebel nanti
lagi satu hal nak handle.haha :D

akhirnya,aku decide join clasmates ke Johor.
tawakal,
kitatak tahu 
apa yang kita dapat 
bila kita 
korbankan sesuatu yang lain
REDHA saja.
alhamdulillah,semua berjalan lancar.
bertolak dalam lebih kurang jam 9pagi ke johor
3 kereta dari kuala lumpur,ke johor demi miraaa :D
1 kereta kemek.ade ain,paat,kemek,effa dan juga sayaa
(halfway pindah kereta iraa sebab kusungg.hahaha)
kereta ira,ada ira dan bob saja
kereta fizul,ada fizul dan zamer
btw,kat johor ada 2 kereta lagi
vios black bawak sayed n adik
apai pulak bawak rai-rai tikah ngan intan sertaa alaii =)
fattah pun ada,together with aida n along serta rahimi
tapi jadual perjalanan diorang lain sikit.

suka gambar ni,
ada suma yang dari KL nie
self timer di bawah flyover,
memang syahdu,muahaha.
ps:cilok gambar pijol
 oke,ni da sampai da apai
tengok cik patin,uuuuu =)
lepas jumpa apai,sambung gerak ke uma mira
jumpa black n fattah dekat uma mira je.

pergh,aku bukan nak cakap apa la.
memang lapaq sebelum nak sampai destinasi.
haha.semua orang pon sama ja.memang lapaq >.<
bak kata bob,
pegi lapar,nak balik nanti pon lapar lagi.hahaha :D
sampai je,jumpa mira,jumpa famili dia.
hentam makan terus semua orang,lapar.maafla.hehehe

nie gambar kitorang dekat uma mira=)

oke.ini mira.
hairan kenapa gambaq terteleng macam ni.
hahaha :D


 mira dengan hantaran.
ada lagi tuu,belum susun semua


mira dengan batchmates
semua yang datang ada dalam niee =)

formal-formal
nie girls semua
saya cantik kan?
amek berkat duduk sekerusi
muahaha :D 

badakkkk!!! 
we luvv uuu =)


alai domok sayanggg =)


sudahlah dengan itu,
kemudian menuju ke parit jawa pula
mee bandung menanti =)
dah dekat 2 ke 3 jam kat uma kemek,
mak aii.sedap gila mee bandung tuuu
sedap lagi bila tengah malam bangun pergi toilet
segala benda aku makan kat sana.hahaha
kueh keroncong untuk ana pun adoo.hahahaha

mari bergerak ke tanjung.mari-mari
apolah nama penuh tanjung tu,taktauuu!
kemek tak sebut pun nama panjang diaa
aaaaaa.

 oke,gambaq teleng lagi.hahaha

 dengan datin fatin nadia ;p

 paling suka gambarr ini
seperti captionnya di FB =)

 batu pon batu laa.
xlalu aku nak naik 'cruise'
kat belakang tuu
mabuk lagi nanti
hehe =)

kami semua belum bertunang
muahaha :D

paat dan kera tanjung
comel =)

sudahlah,
TERIMA KASIH SEMUA =)







25.9.11

we still

mum's little girls
dari sebesar-besar kakak yang dh umur 30lebih tu 
ke adik yg umor 19 tu
semua nak report dekat mak.
sigh,rindu dekat mak :(
nasibla phone mak tu canggih jugak
bila cantik-cantik semua sibuk mms dekat makkk =)
nanti kak beli telefon mahai lagi oke?
sabaq sikit
awal taun 2013.
lepas gaji.bil pon kak bayaqqq nantii
=)

22.9.11

LELAKI

memang begini lah kan??


sebelum dapat,itu ini
dah dapat,kau itu,kau ini sendiri je la jawabnya



faham??

puasa 6

okeyy!
come on fifi
ada lagi 2hari ja nak posa
you can do it

aku rasaaa,
inilah posa 6 aku yang pertama
[kalau berjaya dilangsaikan]

sebabnya,
dulu dok kejan nak bagi habeh posa ganti
alhamdulillah,
rezeki xpayah ganti posa taun ni
wahaha :p


ps:
nota buat lumayan 
2,3 hari ni
selamat tingggai
nak balik bangiiii
makkk maiii.yeay!!! 

20.9.11

pengajaran

seriously,ini pengajaran


in case,kalau ic u all hilang,
sila pegi buat report

u supposely patot,mintak diorang masukkan data sal kehilangan tu
ex: beg duit saya telah dicuri sewaktu dalam ktm.

or,u will end up macam i:
ic rm 110
lesen rm20

oke,both compound!
ala-ala aku suka-suka hilangkan barang-barang tu
tahniahla.tahniah!

18.9.11

hilang.

18september

aku hilang purse.lagi sekali.
tapi aku rasa aku macam penyabaq sikit kali ni
aku dah xmaki-maki.
dah tak menyumpah-nyumpah
at da moment,aku masih cool.
walaupun ayaq mata aku nii..
dah macam banjir dekat perlis baru-baru ni.

aku tak menangis bila on phone dengan pejal
dia pon nampak macam tak kesah sangat
mungkin dia ingat aku oke
sebelum ni,
aku merajok kalau dia buat endah tak endah
hari ni,ikutlah.aku tak kisah
aku dah besaqla kot.
sebab masih boleh handle perasaan 
even saat-saat genting macam ni
aku menangis bila cerita dekat ieda,
bila message dengan farah
tah kenapa.

aku halalkan duit yang dalam purse tu
bukan banyak mana lagi pun,rezeki dia.

cuma,
serabut pikiaq kad-kad
ic,license aku
aku dah block kad maybank.
bsn boleh pulak hotline dia 'bercuti'
lantakla.ikutla.

diam-diam aku berdoa,
budak-budak reja mekdi tu jumpak purse tu.
purse tu dahla ieda bagi hadiah birthday
dalam tu ada gambaq 
yang semua orang bagi kat aku sejak 4tahun yang aku simpan.
entahla.entahla.

aku tenang dan memilih untuk menulis 
sebab aku rasa macam ni buat aku lega
sebab bukan semua orang kisah hal-hal kita.
walaupun dia kisah,dia tetap bukan kita
dia tak rasa,xpala.
banyak contoh depan mata.

aku senyap,tak cakap apa-apa dekat mak
sebab nanti aku lagi sedih bila kena marah

aku dah cukup serabut.
aku tak semayang subuh harini
bila aku tak semayang ja,
ada benda tak baik jadi.
Allah bayaq cash.

mungkin barang hilang sebab lupa kat Allah
mungkin barang hilang sebab aku ada ambik barang orang.
mungkin jugak sebab entry tak bersyukur aku yang kat bawah ni.
mungkin.mungkinla.mungkin.semua mungkin. 


i wish.i have abang with me right now.



seriously!
i need more money than what i have right now
desperately,i wanna be a business woman.
dem!

13.9.11

awak

i never realize
i have someone who love me since last 4years
and 
im sorry about hurting u
take care.

awak.
berhenti memerhati saya dari belakang
berhenti mengharap sesuatu dari saya
teruskan hidup dengan senyuman
teruskan hidup dengan kenyataan
saya hargai awak,dan perasaan awak.
terima kasih,saya rasa disayangi =)


maaf kalau ada kecikkan hati awak,
saya tak sengaja =)


saya sayang awak :D
We always ignore the ones who adore us, and adore the ones who ignore us

sebenarnya,semakin dekat kita dengan sesuatu yang kita impikan bersama mereka yang tersayang,semakin singkat masa yang tinggal untuk kita lalui hari-hari dengan kehadiran mereka.
betul kan?
pada yang rasa tak betul,mungkin mereka ada sebab yang tertentu. 
aku nak cepat-cepat kerja,boleh bagi duit dekat mak,boleh belikan apa mak nak.
tapi bila sampai saat tu,saat aku dah boleh bagi mak semua yang aku nak,aku patut sedar dan patut bersedia mungkin salah seorang daripada kami,akan pergi dulu.
Ya Allah,panjangkanlah umur semua kesayangan-kesayanganku
dulu,aku pernah terfikir nak bawak abah naik kereta aku,tapi abah dah pergi dulu.i still remember,abah datang ambik dekat sekolah,bawak balik rumah.ingat semua tu.
jadi sedih sebenarnya........
ps:
i know,i know it from the start.forever is a lie.will always be.nothing last forever but Allah.

12.9.11

im sick.i bet he feel sick too.
and this is why,
i love you so much 
Mohamed Faizal Mohamed Shohor 
:')

11.9.11

u annoy me sometime.seriously!

7.9.11

imissu.
its been long tyme since we said goodbye.
yes,imissu.ya,you!

[i bet you never care enough to care,im pretty sure bout it]