BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

18.10.10

kdg-kdg.

aku selalu berdiri.sendiri di jendela.pandangan yang aku hadiahkan,entah sampai ke mana menerobos.di hadapan aku,terbentang cahaya.cahaya silau  yang menutup mata.cahaya yang buat ramai leka.termasuk aku.cahaya buat kita selesa, begitu bukan?mari aku dorong kau kepada kegelapan.kgelapan yang tetap ada walau dalam terang mentari.kegelapan kehidupan.itu yg aku maksudkn.jawab pada aku,apa yang penting dalam kehidupan kau?jawab.sebelum kau lontar jawapan,aku luah apa yang ada pada pandangan aku.kau hanya lah seorg yg mengejar pencapaian.

benar atau tidak?kau terus berjuang dalam hidup yang tiada kepastian.malah kau sendiri sangsi dengan langkah yang kau atur.kau lupa pada kawan-kawan,pada teman.begini buat kau bahagia?maka,teruslah.

cuba aku bukakan mata kau,lihat kebelakang,aku berada di lorong yg sedikit gelap dan tidak begitu bercahaya.namun,aku pasti bahawa kau cemburu sebenarnya.dalam diam,kau menangis,dalam diam kau telan perit.kau cemburu bukan pada laluan aku?aku dan mereka tidakberharta.namun,kami bahgia.aku dna mereka bahgia tanpa perlu mengucapkan sebarang kata,kami hanya tersenyum gembira,bertebaran dan melata menyampaikan rasa cinta.

masih belum terlewat buat kau.pencapaian bukanlah sesuatu yang azali dalam hidup.jika kau xmewah dengan harta melimpah ruah cukuplah jika kau berupaya bahgia menari bersama "kita-kita".pencapaian tidak kekal lama malah bisa hilang sekelip mata.

kini,aku hanya punya satu harta.sahabat dan cinta.aku bahagia di hentian ini.bagaimana dengan kau?yang belum ketemu titik nokhtah?yang masih dan aku agak akan terus mengejar pencapaian?

~kehidupan tentang dugaan & pengalaman,bukan sekadar pencapaian tanpa kebahagiaan~

0 kata merekaaaaa: