BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

29.3.11

menjadi seorang guru

asyik memikirkan perkara ini.bertanya kepada diri, kenapa ditakdirkan menjadi seorang guru?menjengah kembali ke usia lewat 17 tahun.dimana keadaan menentukan cikpi tidak diperkenankan untuk menjejakkan kaki ke mana-mana universiti.pada usia semuda itu,cikpi tidak pernah rasa gundah dan gulana jika tidak menyambung pelajaran.si ibu siang malam berdoa semoga anaknya diterima masuk di mana-mana institusi.cikpi yang masih keanak-anakan dan bergembira dengan hidup.

ditentukan Allah,16 Julai 2007 mendaftarkan diri ke Institut Perguruan Ilmu Khas yang kini dikenali Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Kuala  Lumpur.setelah hampir 4tahun disini,cikpi masih tertanya-tanya kenapa takdirnya cikpi melanjutkn pengajian di bidang perguruan.
memandang kembali ke dalam diri, mungkin ini ditentukan untuk cikpi kerana mahu cikpi menjadi sedikit sabar dari sebelumnya. 

kini,setelah menjejakkan kaki ke sekolah,cikpi perlu bijak menyesuaikan keadaan dengan emosi.menjadi seorang guru yang terpekik terlolong bukan cara terbaik dalam mendidik anak bangsa. usia pengalaman yang terlalu mentah begitu menguji kesabaran. murid-murid sering menjadi mangsa suara yang ditinggi.sedangkan mereka memerlukan kasih sayangerbanding kata-kata nista yang terlontar tatkala hati marah dan tidak keruan.cikpi masih dalam perjalanan yang panjang,pembikinan yang belum berkesudahan.mahu atau tidak,perjalanan ini akan diteruskan.diteruskan walaupun terpaksa menghiasi perjalanan dengan air mata dan jerih perih.

terasa seakan karma kembali.dapat student nakal.nakal bukan main.korang tahu x??korang memang buat ckgu naik angin.korang buat cikgu membebel.marah-marah dalam hati.oke,bukan marah je,maki jugak kadang-kadang.aku terkena tulah!nakal sangat masa sekolah.Allah bayar cash.cikgu suzana,saya minta maaffff.saya nakal sangat dulu.sedihnya,terima balasan dah -.-


jika pernah sekali berfikir mahu berputus asa,jenguk ke dalam hati,ada yang sentiasa mahu kita berjaya.lakukan ini semua untuk mereka,InsyaAllah sinar bahagia akan menjelma menyapa hiba yang bertamu di jiwa.

buat rakan-rakan yang kecundang di tengah jalan, ini bukan kesudahannya.Takdir Allah yang seperti ini, mungkin mahu kita belajar sesuatu tentangnya.bagaimana keringat yang telah lama diusahakan tidak membuahkan hasil. pasti pada langkah yang mendatang,usaha yang dilakukan tidak akan dibiar terbinasa buat kali kedua.tapi,kegagalan masih menjadi corak tetap dalam hidup,anggap saja,Allah mahu menguji,semakin besar ujian,semakin sayang Dia kepada kita.

tersembunyi sebab musabab mengapa anda ditakdirkan mempunyai perjalanan hidup yang anda lalui semalam,hari ini dan esok lusa.


ini lagu tema saya & bidang perguruan,menenangkan jiwa.
Aku masih
Tak mengerti
Cebisan hati terukir mengalir
Entah tersentuh tak beralun
Cuba memayungmu erat di hatiku
Kali ini terang ku pandang
Rupa wajah yang menjadi idaman
Sedarku tahu tak ku mampu
Hanya kata-kataku perhiasanmu
Aku masih mimpikan mu
Kerna mainan kasih yang berputik
Mengertilah kata hatiku
Terbit lahir lubuk kasih yang berkasih
Sedang ku bertepuk satu tangan
Namun genggamanmu erat padanya
Mahu saja ku melepaskan
Sisa bisa rasa cinta sebegini
Ku masih di sini...sampai bila
Entah mengapa harus lara
Ku masih begini
Tak bergoyang walau sedetik
Atas kabutnya jiwa ku sandarkan kata doa
Disusuli satu cerita
Bayangan perasaan
Ku coretkan satu pengalaman
Ku lepaskan...
Ku masih di sini
Sampai bila
Entah mengapa
Harus lara
Ku masih begini
Tak bergoyang
Walau sedetik
Atas kabutnya jiwa
Ku sandarkan kata doa
Satu cerita...


nota kaki:
percayalah,PERCATURAN ALLAH,TIDAK PERNAH SILAP =)

0 kata merekaaaaa: