dalam hidup,saya mempunyai satu masalah tegar
dimana-mana dan dalam apa jua keadaan,
ini adalah masalah utama saya
saya sangat bermasalah dalam.....
menyampaikan apa juaa perasaan saya kepada orang lain
tak kira sesiapa pun,walaupun emak.
apatah lagi orang lain
tapi,emak selalu pandai membaca hati saya.
kerana dia kan emak =)
saya seorang yang....
tidak dapat menyampaikan protes saya
dalam keadaan yang baik
saya tidak dapat mengawal perasaan.
saya tidak tahu bagaimana itu mengawal perasaan
selalu menyampaikan perasaan marah
dalam keadaan yang huruhara
pada akhirnya,
cara saya mengekspresi perasaan itu
menjadi keterlaluan
menyebabkan sesuatu yang sebenarnya
kesalahan orang lain
yang menyebabkan saya meletus
kelihatan seperti itu masih salah saya
saya dilihat sebagai seorang yang riang gembira
tapi pada hemat saya,
tak sesiapa pun faham saya ini bagaimana.
saya lebih gemar menuliskan perasaan
pada nota-nota seperti ini
berbanding berdondang sayang
bercerita bagaimana perasaan itu.
kerana bila saya bercerita,
tidak elok pengakhirannya.selalu begitu lah.
mungkin
mengeluarkan kata-kata yang tidak patut
atau mengeluarkan air mata yang berharga.
rugi betul menangis kerana marah.kan?
saya memilih untuk diam
apabila marah dan tidak bersetuju dengan sesuatu
semoga kediaman saya tidak mengganggu sesiapa
dengan harapan saya juaa tidak diganggu
sebarang reaksi
seperti menentang apa yang saya mahu
seakan-akan tindakan provokasi
yang mahu memburukkan saya sebenarnya,
sekurang-kurangnya,
beri peluang saya untuk bertenang
saya kan sedang marah terhadap anda
jangan membuat sesuatu yang boleh
membuat saya menjadi lebih marah
jika ini berlaku,
pada akhirnya pasti
sesuatu yang lebih buruk akan berlaku
kerana,ini saya.
jangan paksa saya menyampaikan kemarahan saya..
kerana saya lebih suka menyimpannya.
sendirian.saya maksudkannya.
memilih untuk berkias-kias dengan perasaan semasa
melalui status FB.menjadi masalah pada sesiapa??
saya minta maaf =)
itu memang kegemaran saya,
buat yang terasa akan terasa
buat yang pura-pura tidak terasa
itu semua hak anda
saya seorang yang mudah untuk meminta maaf
bersedih sendirian apabila rasa bersalah
pendek kata saya suka menangis
menangis dan menangis
menangis sendirian di tengah malam
itu suatu ketenangan.
inilah saya
saya dilahirkan sebagai seorang
yang outspoken dan peramah
namun
saya bukan penyampai perasaan yang baik
beri kerjasama pada insan seperti saya
yang lemah selemah-lemah makhlukNya =)
0 kata merekaaaaa:
Post a Comment